kenaikan emas 400%

Rm16000!!
Tahun 2017, satu kehilangan besar dalam hidup saya. Arwah ibu sy pergi meninggalkan kami semua pd 3 Mei 2017 iaitu sehari selepas ulangthn harijadi saya.
Sy ingat lagi kejadian pd hari tersebut.. Kelam kabut betul.
Antara kenangan yg ibu tinggalkan hari ni adalah seutas rantai emas.
Untuk makluman semua, saya sejak tahun 2013 lagi memamg dh minat tentang emas ni.
2013, saya pernah beli 1 Dinar dengan harga rm700, tapi bila sy peram selama setahun harga tidak berubah ketara sangat, sy jual semula dengan perasaan kecewa. (Bila tiada ilmu ttg emas)
Sekarang harga 1 Dinar ni lebih kurang Rm2900 lebih.. aduhai..
Tahun 2018, tiba masa pengurusan harta pusaka arwah ibu, masa tu harga emas hiasan 916 sekitar Rm150-170. Kalau ikut logik akal “mahal nya emas masa sekarang” berbanding harga tahun sebelumnya.
Tapi sebab nilai sentimental yg ada pada seutas rantai tu sy nekad untuk beli dengan harga semasa Rm4000 lebih kurang. Harga ni berdasarkan harga yg saya semak di sebuah kedai emas. Saya beli mengikut nilai semasa bukanya nilai buyback.
Masa tu cuma satu nk simpan memori arwah ibu saya.
Penyesalan…
Dulu, saya selalu tahu harga emas ni sentiasa naik. Tiap kali nk beli, hati ni akan berkata:
“tunggu dulu la sbb harga tengah mahal ni, tunggu harga turun baru beli”
Sedar tak sedar, tahun demi tahun berlalu. Harga yang kita kata “mahal” tahun lepas, rupanya adalah harga “paling murah” berbanding tahun depan.
Realiti Tahun 2026
Hari ini, saya letak rantai berat 27 gram itu atas penimbang. Angka digital menunjukkan harga buyback semasa dah mencecah RM598 segram.
Cukup mengejutkan. Rantai yang saya beli dengan harga RM4,000 dulu, nilainya sekarang dah mencecah RM16,146!
Kalaulah saya tahu…
• Tahun 2014 itu murah.
• Tahun 2018 (RM150) itu sebenarnya sangat murah.
• Sebab hari ini, harga sudah berkali ganda tinggi.
Tapi kalau nk buat simpanan jangka masa panjang, emas perhiasan 916 ni tak sesuai sebab ada kos upah yang tinggi.
Emas yang sesuai utk simpanan jangka masa panjang adalah emas 999.9
24 Feb 2026
Harga emas 999.9
Rm706
“Mahalnya… 1 Gram pun dh Rm 706”
Nk tunggu murah ke? Jangan ulangi kesilapan yang lalu.
Walaupun emas tengah mahal kita tetap mampu untuk menyimpan Rm50 dalam bentuk emas, beli sikit sikit, nanti baru keluarkan fizikal.
Komen kt bawah ni, sapa yg pernah mengalami situasi yang sama, dan tak mahu ulangi kesilapan yang lalu!
Baca juga

Langkah Pertama Sebelum Simpan Emas
Simpanan emas ni sangat bagus untuk jangka masa panjang. Tapi sebelum nk start menyimpan, kena faham dulu tentang sifat emas ni. Contohnya, bila kita beli emas 1 Gram pada tarikh 8 Ogos, harganya adalah RM623. Bila tiba tiba berlaku kecemasan, kita nk menjual keesokkan harinya, nilai emas akan jatuh kepada RM568. Maka kita akan kerugian …
1 minit bacaan

𝙋𝙚𝙨𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙋𝙚𝙣𝙮𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣 𝙀𝙢𝙖𝙨
Sekarang ramai yang berminat untuk mula menyimpan emas. Alhamdullilah bagus. Berikut sy kongsikan beberapa langkah yg perlu sebagai penyimpan emas: 1. 𝙎𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙘𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖𝙣: Cukupkan Simpanan Kecemasan dulu at least 3 bulan gaji. Kalau gaji kita Rm5000, duit kecemasan kita sekurang kurangnya RM15,000. Duit ni Tabung Haji boleh, ASB boleh. 2. 𝙏𝙖𝙠𝙖𝙛𝙪𝙡/ 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙘𝙖𝙡 𝘾𝙖𝙧𝙙: Untuk pastikan …
2 minit bacaan

Jangan Sekadar Simpan Emas, Jadikan Ia Mesin Cetak Duit Tambahan Setiap Bulan
Emas Turun Harga Sekarang ni, dh ramai orang mula menyimpan emas sebab nak pelihara nilai kekayaan daripada inflasi. Itu langkah yang sangat bijak. Tapi perasan tak? Kalau kita sekadar simpan dan peram, kita hanta menunggu harga naik untuk untung. Sebenarnya, ada cara yang lebih cepat untuk buat emas bekerja untuk kita: Jadikan simpanan emas tu …
1 minit bacaan
