Percutian Tenang di Rumah Sungai, Lenggong - Sambutan Hari Jadi Isteri ke-37

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Akhirnya dapat juga saya luangkan masa untuk kongsikan pengalaman percutian kami ke Rumah Sungai, Lenggong baru-baru ini sempena sambutan hari jadi isteri saya yang ke-37 pada 23 Oktober 2024. 🎂
Kali ni memang kami plan nak lari dari kesibukan kota, cari tempat yang tenang, dekat dengan alam semula jadi dan ada sungai untuk sejukkan kepala dan hati. Lokasi pilihan mestilah dalam negeri Perak je, supaya tak terlalu jauh dan memenatkan, terutama bila bawa anak-anak kecil.
Misi: Rehat & Healing Di Tepi Sungai 🏞️
Macam biasa, Google jadi kawan baik untuk cari tempat menarik. Selain tu, saya juga tanya rakan-rakan yang memang kaki jalan dan pernah bercuti di kawasan Lenggong, Perak ni.
Pada mulanya nak cuba glamping, tapi fikir balik - anak-anak masih kecil dan semua benda abi yang kena urus… rasa macam belum sesuai. InshaAllah nanti bila anak-anak dah besar sikit, kita try glamping pula!
Antara Pilihan Menarik di Lenggong:
Kalau korang tengah plan bercuti ke Lenggong, ni antara tempat yang saya jumpa:
- Kuak Hill Resort
- Branda Lenggong
- D’Impiana Riverside
- Rumah Sungai (pilihan kami kali ni)
![]() |
| Jalan masuk dari jalan besar Lenggong |
Suasana di Rumah Sungai, Lenggong -Tenang & Mendamaikan
Terletak di kawasan hijau yang mendamaikan, Rumah Sungai ni memang sesuai sangat untuk family getaway, healing session, atau pun nak sambut hari istimewa bersama orang tersayang. Rumah yang kami duduk diberi nama “Nurul” - cantik dan selesa sangat!

Harga & Pakej Penginapan 💸
Kami ambil pakej:
- Unit Besi / Family Room - RM190 semalam
- Termasuk: Sarapan pagi & makan tengah hari untuk 3 orang
Untuk tempahan, semakan tarikh dan bayaran, boleh terus ke laman rasmi mereka:
Menu Sarapan & Makan Tengah Hari 😋
Sarapan pagi:
- Nasi lemak (boleh tambah dengan RM1/bungkus)
- Add on: Popia Carbonara (5pcs - RM5)
Makan Tengah Hari (Set Pilihan):
- Set A: Ikan talapia bakar + gulai lemak labu
- Set B: Ikan keli bakar + gulai lemak pucuk paku
- Set C: Ikan kembung bakar + gulai lemak bayam
- Semua set lengkap dengan ulam-ulaman, ikan pekasam dan sirap sejuk!
Add-on (kalau perut kuat makan 😁):
- Ayam sepiring - RM10
- Telur - RM5
- Ikan tambahan - RM15
- Nasi semangkuk - RM3
- BBQ set - RM20
- Talapia bakar sumbat sambal petai - RM20
- Confirm padu!

Kesimpulan: Highly Recommended Untuk Healing Dengan Keluarga! ✅
Kalau korang tengah plan nak rehatkan minda, nikmati keindahan semula jadi, dan tenangkan jiwa, saya sangat rekomen Rumah Sungai ni. Tenang, bersih, makanan sedap, dan layanan pun baik. Sangat sesuai untuk family dengan anak-anak kecil.
InshaAllah kalau ada rezeki, boleh repeat datang lagi - mungkin dengan versi BBQ malam-malam sambil layan bunyi sungai mengalir. ❤️
Gambar Kenangan
Baca juga

Masjid Haji ‘Isa, Lekir: Persinggahan Solat Bersama Keluarga
Bila travel bersama keluarga dan melalui kawasan Lekir, antara masjid yang selalu aku singgah ialah Masjid Haji ‘Isa di Batu 8 Lekir, Perak. Masjid ni memang sehala dengan perjalanan kami. Bila tiba waktu untuk berhenti solat, inilah antara tempat yang aku suka singgah bersama isteri dan anak-anak. Parking Luas, Ruang Solat Selesa Antara perkara yang …
2 minit bacaan

Momen Indah Penuh Syukur
Percutian Sempena Ulang Tahun Perkahwinan & Cuti Sekolah Anak-Anak | Momen Indah Penuh Syukur Alhamdulillah… terasa pantas masa berlalu. Tiba-tiba dah masuk ulang tahun perkahwinan kami yang ke-14, dan kebetulan cuti sekolah anak-anak pun bermula. Jadi, kami ambil peluang ini untuk rehatkan minda dan eratkan lagi hubungan keluarga kecil kami yang tercinta. 28 Mei - …
2 minit bacaan

Pine Walk @ Saujana Hijau: Tak Sangka Ada Tempat Macam Ni di Putrajaya
Pine Walk @ Saujana Hijau: Tak Sangka Ada Tempat Macam Ni di Putrajaya Kami sekeluarga sebenarnya cuma nak keluar sekejap ambil angin. Tak sangka, keputusan spontan pagi Selasa tu bawa kami ke satu tempat yang langsung tak dijangka - Pine Walk @ Taman Saujana Hijau, Putrajaya. Serius, rasa macam bukan kat Malaysia! Pine Walk @ …
2 minit bacaan









