๐๐๐จ๐๐ฃ๐๐ฃ ๐ช๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐ฅ๐๐ฃ ๐๐ข๐๐จ

Sekarang ramai yang berminat untuk mula menyimpan emas. Alhamdullilah bagus.
Berikut sy kongsikan beberapa langkah yg perlu sebagai penyimpan emas:
1. ๐๐๐ข๐ฅ๐๐ฃ๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ข๐๐จ๐๐ฃ: Cukupkan Simpanan Kecemasan dulu at least 3 bulan gaji.
Kalau gaji kita Rm5000, duit kecemasan kita sekurang kurangnya RM15,000. Duit ni Tabung Haji boleh, ASB boleh.
2. ๐๐๐ ๐๐๐ช๐ก/ ๐๐๐๐๐๐๐ก ๐พ๐๐ง๐: Untuk pastikan duit kita simpan ni selamat untuk jangka masa panjang. Sy tak jual takaful ni, tapi langkah kedua ni wajib ada. Nanti kita penat menyimpan, tiba tiba kita perlukan duit yg banyak sebab kes kecemasan bila sakit.
3. Kalau masih ada hutang, cuba untuk settlekan hutang hutang jahat dulu. Contoh hutang jahat, personal loan, hutang beli perabot untuk hari raya, hutang kad kredit dan lain lain.
4.๐๐ช๐ข๐ฅ๐ช๐ก ๐๐ข๐๐จ:Boleh set setiap bulan untuk beli emas.
Tapi!!
Tak kn nk tunggu Duit kecemasan cukup dulu, hutang selesai dulu baru boleh simpan emas, kalau pendapat saya dan dari buku buku yg sy duk baca sepatutnya macam tu. Tapi harga emas sekarang cepat sangat naik dan turun.
Boleh jg beli sikit sikit di samping kita cukupkan duit simpanan.
๐ฒ๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐?
Sebab kita tak nk jual emas kita selagi belum capai matlamat kewangan kita.
Sebab simpan emas ni adalah matlamat jangka masa panjang, bukan untuk setahun dua. 5 ๐ฉ๐๐๐ช๐ฃ, 10 ๐ฉ๐๐๐ช๐ฃ ๐๐๐ฃ ๐ ๐ ๐๐ฉ๐๐จ.
Contoh matlamat kewangan:
Tujuan simpan emas ni untuk:
- Tunaikan Haji.
- Pergi umrah
- Selesaikan hutang
- Buat deposit rumah
Bila dh capai matlamat ni baru la kita jual emas emas kita.
Tapi akhir zaman ni, sy pun takut jg kumpul kumpul harta tanpa tujuan ni. Takut nnt syok kumpul emas tiba tiba kita meninggal.
Jadi, saya setkan matlamat sy kumpul emas ni untuk ibadah contohnya tunaikan haji dan lain lain yg sesuai.
Tapi boleh je kan kumpul kt tabung haji kalau nk pergi haji, pun boleh tuan tuan, jangan peningkan kepala.
Tapi kita ambil manfaat dari kenaikan harga emas untuk jangka masa panjang, so lebih cepat la kita dapat pergi haji nanti.
Tabung haji dan simpan emas adalah dua tempat yang baik untuk kita menyimpan.
Baca juga

Sebelum Tambah Komitmen, Ada Tak Ruang untuk Menyimpan?
Sebelum tambah komitmen bulanan, semak ruang untuk menyimpan, dana kecemasan dan kemampuan keluarga. Catatan Abe Raf berdasarkan statistik kebankrapan Malaysia.
2 minit bacaan

177GB Tak Habis: Pengalaman Data Carry Forward Eastel EZ35
Abe Raf berkongsi paparan 177GB Carry Forward Data dalam akaun Eastel EZ35, syarat pembaharuan dan cara memilih pelan mengikut keperluan.
3 minit bacaan

Nak Mula Simpan Emas Tapi Tak Tahu Nak Mula Kat Mana?
Pernah tak terfikir tentang cara mula simpan emas, tapi tak tahu langkah pertama yang sesuai? Tengok orang lain dah ada simpanan emas, kita pun rasa macam nk mula. Tp bila dah mula mencari maklumat, makin banyak pula persoalan timbul. Harga emas sekarang tinggi. Sesuai ke kalau beli? Kalau beli emas 1 gram, berapa sebenarnya nilai โฆ
5 minit bacaan