Selesaikan Hutang Nissan Serena 4 Tahun Lebih Awal - Jiwa Tenang, Bebas Hutang!

Selesaikan Hutang Nissan Serena 4 Tahun Lebih Awal - Jiwa Tenang, Bebas Hutang!
๐ Kisah Bermula Dengan Nissan Serena
Pada tahun Okt 2018, saya ambil keputusan untuk membeli Nissan Serena C27 sebagai kenderaan keluarga. Sebuah MPV yang cukup selesa, luas dan sesuai untuk perjalanan jauh. Dengan ansuran bulanan yang masih mampu saya bayar, saya teruskan komitmen seperti biasa.
Namun, tahun 2020 menjadi titik perubahan besar - pandemik COVID-19 melanda. Pihak bank menawarkan moratorium, dan saya ambil peluang tersebut. Malangnya, ini menyebabkan tempoh pinjaman saya bertambah, daripada 9 tahun bertambah lagi tahun.
๐ธ Kenapa Saya Pilih Selesaikan Awal?
Masuk tahun 2024, saya mula rasa berat dengan komitmen hutang yang berpanjangan. Baki hutang masih ada 4 tahun lagi, dan secara psikologi, saya tidak tenang.
Sebenarnya sejak awal beli lagi saya memang target untuk - “Saya mahu tamatkan hutang Nissan Serena lebih awal.”
Sebab utama saya:
- Tak suka hidup dalam beban hutang terlalu lama
- Mahu jiwa lebih tenang bila tiada komitmen bulanan
- Mahu lebih ruang dalam bajet bulanan untuk simpanan dan pelaburan
- Ada sedikit lebihan wang yang boleh digunakan untuk full settlement
๐ Rebat RM2500 - Bonus Yang Tak Dijangka
Bila saya hubungi pihak bank untuk buat full settlement, saya terkejut bila diberitahu saya akan dapat rebat sebanyak RM2500 kerana membuat pembayaran lebih awal.
Bayangkan, bukan saja saya bebas dari hutang, saya juga jimat lebih RM2,500 daripada jumlah keseluruhan faedah pinjaman.
๐ Proses Full Settlement Nissan Serena
-
Hubungi pihak bank atau institusi kewangan - minta penyata full settlement.
-
Semak tarikh akhir bayaran dan jumlah sebenar.
-
Buat bayaran secara penuh - boleh melalui online banking atau secara manual di kaunter.
-
Simpan bukti pembayaran dan minta surat pelepasan (release letter) daripada bank.
-
Selesai! Kereta kini 100% milik anda tanpa sebarang hutang.
๐ญ Apa Saya Rasa Selepas Selesai Hutang?
Jujurnya, sangat lega.
โ๏ธ Tiada lagi komitmen bulanan RMxxx setiap bulan
โ๏ธ Bajet bulanan lebih fleksibel
โ๏ธ Fokus kini kepada simpanan, pelaburan dan pembinaan kekayaan
โ๏ธ Hati lebih tenang, tidur lebih lena
| Nissan Serena C27 |
๐ Penutup: Hutang Adalah Alat, Bukan Beban Seumur Hidup
Bagi saya, hutang bukan musuh - tapi ia perlu diurus dengan bijak. Jika mampu dan ada rezeki, selesaikan hutang lebih awal adalah antara keputusan kewangan terbaik dalam hidup saya.
Kalau anda sedang fikir untuk buat full settlement, pertimbangkan:
-
Jumlah baki hutang
-
Kemampuan semasa
-
Rebat atau penjimatan faedah
-
Ketenangan jiwa jangka panjang
Baca juga

๐๐๐จ๐๐ฃ๐๐ฃ ๐ช๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐ฅ๐๐ฃ ๐๐ข๐๐จ
Sekarang ramai yang berminat untuk mula menyimpan emas. Alhamdullilah bagus. Berikut sy kongsikan beberapa langkah yg perlu sebagai penyimpan emas: 1. ๐๐๐ข๐ฅ๐๐ฃ๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ข๐๐จ๐๐ฃ: Cukupkan Simpanan Kecemasan dulu at least 3 bulan gaji. Kalau gaji kita Rm5000, duit kecemasan kita sekurang kurangnya RM15,000. Duit ni Tabung Haji boleh, ASB boleh. 2. ๐๐๐ ๐๐๐ช๐ก/ ๐๐๐๐๐๐๐ก ๐พ๐๐ง๐: Untuk pastikan โฆ
2 minit bacaan

Jangan Sekadar Simpan Emas, Jadikan Ia Mesin Cetak Duit Tambahan Setiap Bulan
Emas Turun Harga Sekarang ni, dh ramai orang mula menyimpan emas sebab nak pelihara nilai kekayaan daripada inflasi. Itu langkah yang sangat bijak. Tapi perasan tak? Kalau kita sekadar simpan dan peram, kita hanta menunggu harga naik untuk untung. Sebenarnya, ada cara yang lebih cepat untuk buat emas bekerja untuk kita: Jadikan simpanan emas tu โฆ
1 minit bacaan

Kos Penggunaan Toyota Vellfire Sepanjang Tahun 2025
Kos Sepanjang Tahun Penulisan kali ni saya nk buat kira kira berapa kos sepanjang tahun 2025 penggunaan kereta Toyota Vellfire ni. Kos kos yang terlibat adalah melibatkan: Kos petrol dan kos tol saya tak masukkan sekali dalam pengiraan ni, sebab kos tersebut adalah kos yang wajib saya keluarkan tak kira la kereta sendiri atau kereta โฆ
1 minit bacaan