Syukur Nikmat Allah & Usaha Gandakan Rezeki
Syukur Nikmat Allah & Usaha Gandakan Rezeki
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hari ini saya ingin mengambil sedikit masa untuk menzahirkan rasa syukur yang mendalam atas nikmat yang tidak terhitung:
- Umur yang panjang, masih diberi peluang untuk bernafas dan beribadah.
- Kesihatan yang baik, dapat bergerak dan bekerja tanpa banyak halangan.
- Rezeki yang luas, walaupun tidak mewah, cukup untuk keperluan diri dan keluarga.
- Pekerjaan yang baik, dikelilingi rakan sekerja yang menyenangkan dan persekitaran kerja yang positif.
[Update Harga Emas Hari Ini - 15 Mei 2025]
Mengikut info terkini dari KABGold:
- Uncang Emas
- Jual: RM477.00
- Beli: RM437.00
- Uncang Emas Plus
- Jual: RM468.00
- Beli: RM437.00
Simpan Emas Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit
Ramai fikir nak simpan emas perlu modal besar. Tapi hakikatnya, mula dengan 1 gram sebulan pun dah cukup bagus. Ia:
- Melatih disiplin menabung
- Lindungi nilai wang dari susut nilai
- Aset fizikal yang mudah dicairkan bila perlu
Tak kisah gaji kecil atau besar, yang penting konsisten. 1 gram sebulan, dalam setahun dah ada 12 gram. Nilainya bukan saja bertambah, tapi juga menumbuhkan kesedaran kewangan dalam diri.
Multi Source of Income: Sikit-sikit, Lama-lama Jadi Bukit
Saya juga bersyukur kerana dapat jana pendapatan tambahan walaupun kecil. Yang penting, usaha berterusan dan jangan cepat putus asa.
Antara peluang bisnes yang saya sertai:
- Choco Albab: Coklat viral, sesuai untuk dijual secara part-time. Modal kecil, permintaan tinggi terutama musim perayaan atau event.
- KABGold: Platform simpanan emas patuh syariah, boleh beli & jual emas, sambil jana komisen sebagai eksekutif partner. Sesuai untuk mereka yang minat pelaburan emas dan nak bantu orang lain mula simpan juga.
Inilah antara langkah kecil saya dalam membina masa depan yang lebih stabil. Doakan saya terus istiqamah, dan semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.
Baca juga

Kursus Peningkatan Kemahiran Diri Tahun 2025
Contoh Gambar Assalamualaikum, post kali ni saya nak cerita tentang perancangan apa kursus yang saya akan cuba cari dan belajar pada tahun 2025. Pada pendapat saya kursus peningkatan kemahiran ni sangat penting untuk digunakan pada masa akan datang. Lagipun ia adalah salah satu item yang boleh digunakan untuk rebat cukai (income tax) untuk tahun ini. …
1 minit bacaan

20 APR 2025, START JOGGING SEMULA
Rasa macam dh lebih setahun aku tak jogging. Banyak fokus pada sukan ping pong. Badan pun dh nampak naik sedikit. Lepas puasa dan hari raya ni, target untuk start semula aktiviti jogging bersama anak anak aku.
1 minit bacaan

Mencuba Diet Intermittent Fasting dan Hormon Diet (IFHD)
Alhamdullilah setelah sekian lama tak update kt blog ni, hari ni berkesempatan untuk update sikit status terbaru dlm blog aku ni. Aku dah amalkan 2 tahun Diet Keto, pd pendapat aku ok lah, tp masih belum menyembuhkan penyakit yang aku ada iaitu gastrik, jika tersilat makan, pasti gastrik akn menyerang semula. So, macam mana …
1 minit bacaan