Beli Mesin Rumput Baru! Ogawa Super Cutter BG330D
Hari ini saya nak kongsi pengalaman baru - saya baru saja beli mesin rumput Ogawa Super Cutter model BG330D!
Harga dia RM360, dan bagi saya, memang berbaloi baloi.
Sebelum ni, saya pernah beli mesin rumput bateri, syok tu memang syok, tapi memenatkan, sebab diameter pemotongan dia terlalu kecil. Lambat nk boleh siap.
Proses pemasangan pun tak terlalu susah - cuma kena sambung beberapa bahagian seperti batang penyambung, pengendali, dan pelindung mata pisau. Tapi bukan sayalah yang pasang, ada pekerja di kedai yang bantu pasang dan tunjukkan cara penggunaan asas.
Spesifikasi ringkas Ogawa BG330D:
- Enjin petrol
- Model: BG330D
- Sesuai untuk kerja-kerja memotong rumput di kawasan rumah atau kebun kecil
- Rekaan enjin belakang (backpack) untuk lebih selesa
Mesin ini terasa ringan di badan dan mudah dikendalikan. Bunyi enjin pun tak terlalu kuat jika dibandingkan dengan mesin rumput lama yang saya pernah guna sebelum ini. Antara sebab saya pilih model ini sebab Ogawa terkenal dengan ketahanan dan alat ganti yang mudah dicari.
Kenapa pilih Ogawa BG330D?
- Harga berpatutan
- Jenama dipercayai
- Mudah dikendalikan
- Spare part senang dapat
InsyaAllah, dengan mesin baru ini, kerja potong rumput akan jadi lebih cepat dan senang.
Kalau anda tengah cari mesin rumput untuk kegunaan rumah atau projek kecil, saya memang rekomenkan model ini.
Nanti saya akan update lagi selepas beberapa kali penggunaan untuk kongsi pengalaman jangka panjang pula!
Baca juga

KPM Umum Kemasukan Tahun 1(2027): Adakah Anak Anda Sedia?
Berdasarkan laporan berita terkini dan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2026 mengekalkan umur 6 tahun (menjelang 7 tahun) sebagai usia rasmi kemasukan ke Tahun 1. Fakta penting yang ibu bapa perlu tahu ialah KPM kini lebih menekankan kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan penguasaan literasi serta numerasi awal. Menurut laporan …
1 minit bacaan

Siapa Sangka, Dh 10 Tahun Rupanya
Pejam celik, 10 tahun dh berlalu rupanya. Masih ingat lagi mula mula jejak kaki di Kolej Tesdec Tahun 2008 dulu. Masa ni first time bergelar pensyarah dalam bidang automotif. Saya antara orang pertama yang membangunkan Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif di kolej ni. Masa tu program diploma ni menjalin kerjasama dengan Unikl MFI. Masa tu saya …
1 minit bacaan

Kesalahanku Pertama kali Bergelar Bapa
Jangan Biar Bayi Anda Pakai Sarung Tangan Terlalu Lama Dulu masa mula mula dapat anak yang pertama, saya rasa macam nak lindungi anak dari segala benda. Antara “pakaian wajib” yang kita pakaikan ialah sarung tangan (mittens). Niat kita baik, tak nak bagi anak cakar muka sendiri dengan kuku yang tajam. Tapi rupanya, ada kesan yang …
1 minit bacaan