Masa Depan Automotif Kini Di IKM Lumut: Terima Kasih UMW Toyota!

Dunia automotif sedang berubah laju dan kita dan nak pelajar kita sekadar tengok dari jauh. Hari ini, TVETMARA Lumut secara rasminya melangkah setapak lagi ke hadapan dalam teknologi terkini. Syukur alhamdullilah kami baru sahaja menerima satu unit HEV Simulator Kenderaan Elektrik daripada UMW Toyota. Ia merupakan sebahagian daripada MOU antara MARA vs UMW Toyota di bawah program Toyota Technical Education Program (TTEP). Salah satu tujuan program ini adalah untuk merapatkan jurang antara industri dan pusat pendidikan.
Kenapa Simulator Ini Penting?
Kalau dulu kita cuma belajar pasal enjin pembakaran dalaman, sekarang budak-budak IKM Lumut dah boleh ‘bedah’ sistem hibrid secara live. Antara yang dorang akan belajar guna simulator ni:
- Cara sistem bateri voltan tinggi berfungsi.
- Rahsia di sebalik motor elektrik dan sistem kawalan elektronik.
- Bagaimana enjin petrol dan motor elektrik bekerjasama (integrasi sistem).
Bukan Sekadar Teori, Tapi Realiti Industri
Melalui kerjasama erat dengan pihak industri seperti Toyota, pelajar kita tak lagi ‘blur’ bila masuk alam pekerjaan nanti. Dorang akan dilatih mengikut standard industri yang sebenar. Inilah matlamat utama MARA - nak lahirkan graduan yang bukan saja ada sijil, tapi memang
kompeten dan laku keras dalam pasaran kerja global.
Terima Kasih UMW Toyota Motor
Setinggi-tinggi penghargaan buat UMW Toyota Motor atas kepercayaan dan sokongan berterusan melalui program T-TEP ini. Komitmen korporat sebegini sebenarnya yang menjadi nadi kepada pembangunan modal insan negara.
Moga kolaborasi ini terus mekar, demi manfaat pelajar, tenaga pengajar, dan masa depan industri automotif Malaysia yang lebih mampan!
Baca juga

KPM Umum Kemasukan Tahun 1(2027): Adakah Anak Anda Sedia?
Berdasarkan laporan berita terkini dan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2026 mengekalkan umur 6 tahun (menjelang 7 tahun) sebagai usia rasmi kemasukan ke Tahun 1. Fakta penting yang ibu bapa perlu tahu ialah KPM kini lebih menekankan kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan penguasaan literasi serta numerasi awal. Menurut laporan …
1 minit bacaan

Siapa Sangka, Dh 10 Tahun Rupanya
Pejam celik, 10 tahun dh berlalu rupanya. Masih ingat lagi mula mula jejak kaki di Kolej Tesdec Tahun 2008 dulu. Masa ni first time bergelar pensyarah dalam bidang automotif. Saya antara orang pertama yang membangunkan Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif di kolej ni. Masa tu program diploma ni menjalin kerjasama dengan Unikl MFI. Masa tu saya …
1 minit bacaan

Kesalahanku Pertama kali Bergelar Bapa
Jangan Biar Bayi Anda Pakai Sarung Tangan Terlalu Lama Dulu masa mula mula dapat anak yang pertama, saya rasa macam nak lindungi anak dari segala benda. Antara “pakaian wajib” yang kita pakaikan ialah sarung tangan (mittens). Niat kita baik, tak nak bagi anak cakar muka sendiri dengan kuku yang tajam. Tapi rupanya, ada kesan yang …
1 minit bacaan


