Jamuan Raya Aidilfitri Peringkat IKM Lumut 2025

Alhamdulillah, 25 April 2025 yang lalu, kami warga IKM Lumut sempat berkumpul dalam majlis Jamuan Raya Aidilfitri Peringkat Institut. Meriah betul suasananya, penuh gelak ketawa, makanan sedap, dan semangat raya yang terasa sampai ke petang!
Untuk tahun ini, Jabatan Automotif telah diberi tugas menyediakan Roti Jala bersama kuah kari ayam. Boleh tahan juga cabarannya nak siapkan untuk ramai orang, tapi hasilnya memang berbaloi. Ramai yang puji roti jala kami lembut, berlemak, dan kari pekat - ngam makan panas-panas!
“Special dari Jabatan Auto: Roti Jala gebu & kari kaw kaw!”

Selain tu, meja penuh dengan macam-macam hidangan - ada satay, rendang, ketupat, lontong, kuih raya, semua cukup lengkap macam kenduri! 😍
“Suasana dewan - penuh warna warni dan tawa, Alhamdulillah!”
Paling best, kami sempat juga bergambar kenangan bersama rakan-rakan satu jabatan dan kawan-kawan dari Program DGA (Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif). Gambar-gambar ni lah yang nanti jadi kenangan manis bila dikenang.
“Team Jabatan Automotif + Program DGA - Raya vibes on point!”
Terima kasih pada semua yang bertungkus-lumus dari awal hingga habis majlis. Semoga ukhwah dan kemeriahan macam ni terus jadi budaya kita di IKM Lumut! 🌟
Antara Gambar Yang Sempat di Tangkap
Baca juga

KPM Umum Kemasukan Tahun 1(2027): Adakah Anak Anda Sedia?
Berdasarkan laporan berita terkini dan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2026 mengekalkan umur 6 tahun (menjelang 7 tahun) sebagai usia rasmi kemasukan ke Tahun 1. Fakta penting yang ibu bapa perlu tahu ialah KPM kini lebih menekankan kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan penguasaan literasi serta numerasi awal. Menurut laporan …
1 minit bacaan

Siapa Sangka, Dh 10 Tahun Rupanya
Pejam celik, 10 tahun dh berlalu rupanya. Masih ingat lagi mula mula jejak kaki di Kolej Tesdec Tahun 2008 dulu. Masa ni first time bergelar pensyarah dalam bidang automotif. Saya antara orang pertama yang membangunkan Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif di kolej ni. Masa tu program diploma ni menjalin kerjasama dengan Unikl MFI. Masa tu saya …
1 minit bacaan

Kesalahanku Pertama kali Bergelar Bapa
Jangan Biar Bayi Anda Pakai Sarung Tangan Terlalu Lama Dulu masa mula mula dapat anak yang pertama, saya rasa macam nak lindungi anak dari segala benda. Antara “pakaian wajib” yang kita pakaikan ialah sarung tangan (mittens). Niat kita baik, tak nak bagi anak cakar muka sendiri dengan kuku yang tajam. Tapi rupanya, ada kesan yang …
1 minit bacaan
















