Kesalahanku Pertama kali Bergelar Bapa

Jangan Biar Bayi Anda Pakai Sarung Tangan Terlalu Lama
Dulu masa mula mula dapat anak yang pertama, saya rasa macam nak lindungi anak dari segala benda. Antara “pakaian wajib” yang kita pakaikan ialah sarung tangan (mittens). Niat kita baik, tak nak bagi anak cakar muka sendiri dengan kuku yang tajam. Tapi rupanya, ada kesan yang kita tak perasan sampai ke besar.
Sepupunya kt sebelah dh tak pakai sarung tangan dh.
1. Menghalang Deria Sentuhan
Bayi meneroka dunia melalui tangan. Bila kita pakaikan sarung tangan terlalu lama, kita sebenarnya “menutup” deria sentuhan mereka. Bayi tak dapat rasa tekstur kain, kulit ibubapa atau jari jemari mereka sendiri. Ransangan deria ni sangat penting untuk perkembangan bayi.
Apa kesan Kepada Anak Bila Dah Besar
Apa yang saya perasan, bila anak saya makin membesar, kemahiran jari jemarinya sedikit berbeza dengan ank anak yg lain atau lambat berkembang. Antaranya:
- Koordinasi tangan dan mata: Anak sy ambil masa untuk belajar memegang objek yang kecil.
- Keyakinan Pergerakan: Tangan seperti kekok untuk melakukan aktiviti seni atau kemahiran yang memerlukan ketelitian.
Langkah Pembetulan
- Lego: Saya beli lego untuk latih jari jemarinya
- Puzzle: Selalu main puzzle dengan dia
Pengajaran Untuk Bapa Lain
Perkara yang berlaku tak boleh diubah. Tapi untuk anak anak seterusnya saya hanya pakaikan sarung tangan baby tu untuk seminggu dua sahaja. Selepas tu biar tangannya bebas tanpa memakai sarung tangan. Memang hasilnaya sangat berbeza dengan abangnya. Bersyukur sangat.
Pengalaman ini buat saya sedar yang perlindungan melampau pun tak bagus untuk pembesarannya. Biar mereka jadi lasak dan pro aktif.
Baca juga

KPM Umum Kemasukan Tahun 1(2027): Adakah Anak Anda Sedia?
Berdasarkan laporan berita terkini dan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2026 mengekalkan umur 6 tahun (menjelang 7 tahun) sebagai usia rasmi kemasukan ke Tahun 1. Fakta penting yang ibu bapa perlu tahu ialah KPM kini lebih menekankan kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan penguasaan literasi serta numerasi awal. Menurut laporan …
1 minit bacaan

Siapa Sangka, Dh 10 Tahun Rupanya
Pejam celik, 10 tahun dh berlalu rupanya. Masih ingat lagi mula mula jejak kaki di Kolej Tesdec Tahun 2008 dulu. Masa ni first time bergelar pensyarah dalam bidang automotif. Saya antara orang pertama yang membangunkan Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif di kolej ni. Masa tu program diploma ni menjalin kerjasama dengan Unikl MFI. Masa tu saya …
1 minit bacaan

Kos Penggunaan Toyota Vellfire Sepanjang Tahun 2025
Kos Sepanjang Tahun Penulisan kali ni saya nk buat kira kira berapa kos sepanjang tahun 2025 penggunaan kereta Toyota Vellfire ni. Kos kos yang terlibat adalah melibatkan: Kos petrol dan kos tol saya tak masukkan sekali dalam pengiraan ni, sebab kos tersebut adalah kos yang wajib saya keluarkan tak kira la kereta sendiri atau kereta …
1 minit bacaan