Terus ke kandungan
Blog
Keluarga14 Oktober 20261 minit bacaan

Terima Kasih, Isteriku

Terima Kasih, Isteriku

Minggu ini aku perlu menghadiri bengkel atas urusan kerja selama 3 hari 2 malam. Isteriku pula baru sahaja selesai berpantang, dan sepanjang aku tiada, dialah yang menguruskan rumah serta lima orang anak kami seorang diri.

Kebetulan, dua orang anak sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dalam masa yang sama, dia menjaga baby kami yang baru berusia 43 hari. Keperluan anak-anak, persiapan peperiksaan dan urusan rumah semuanya perlu dia uruskan ketika dirinya sendiri masih memerlukan rehat.

Aku pergi atas tanggungjawab kerja, tetapi aku sedar pemergian itu menambah beban di bahunya. Walaupun hanya tiga hari dua malam, bukan ringan tanggungjawab yang perlu dia pikul.

Terima kasih, sayang. Aku mungkin tak mampu membalas sepenuhnya pengorbanan ini. Namun, aku tak mahu penghargaan ini tinggal sebagai kata-kata sahaja. Bila pulang, aku perlu ambil bahagianku menguruskan anak-anak dan rumah, supaya sayang juga ada ruang untuk berehat.

Ya Allah, kurniakanlah ganjaran yang sebesar-besarnya buat isteriku. Berikan dia ketenangan hati, kesihatan dan kekuatan. Permudahkanlah segala urusannya, dan bantulah aku menjadi suami yang lebih memahami serta meringankan bebannya.

Buat anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan, ayah doakan Allah tenangkan hati kalian, mudahkan kalian memahami dan menjawab soalan, serta kurniakan kejayaan atas usaha yang telah dilakukan.

Semoga Allah sentiasa menjaga keluarga kecil kami. Amin.

Baca juga