Siapa Sangka, Dh 10 Tahun Rupanya

Pejam celik, 10 tahun dh berlalu rupanya. Masih ingat lagi mula mula jejak kaki di Kolej Tesdec Tahun 2008 dulu. Masa ni first time bergelar pensyarah dalam bidang automotif.
Saya antara orang pertama yang membangunkan Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif di kolej ni. Masa tu program diploma ni menjalin kerjasama dengan Unikl MFI.

Masa tu saya ditugaskan sebagai panel bahagian amali untuk sesi temuduga juruteknik automotif yang baru. Kat sini la pertama kali saya kenal dengan sahabat saya ni Ahmad Zawawi. Haha, kenangan betul la bila saya ingat kembali sesi tu.
Saya gelarkan dia sebagai Awie.
Hari ni, lebih 10 tahun tak jumpa, akhirnya dapat duduk sembang semula. Syukur la dapat juga luangkan masa singgah zaiarah hari raya.
Kebetulan pulak sy nk balik kampung dari rumah mertua di Kuantan ke Kota Bharu. Saya luangkan sedikit masa untuk singgah walaupun jalan jem.
Banyak benda dh berubah. Masing masing dah ada jalan kehidupan sendiri, dah lalui macam macam cabaran dalam kerjaya dan peribadi.
Awie ni kalu ajak karok, takde dh lagu lain.. Cinta itu Ketawa & Airmata
Maklum la lagu ketika bujang.
Gelak tawa tetap sama, cuma topik sembang je rasa macam semakin matang kita berdua ni.

Lupa la nk tangkap gambar semasa tengah makan tengah hari. Sedap betul orang umh demo masok wie.
Walaupun 10 tahun tak jumpa, masih lagi terkenang zaman mula mula bekerja dulu, zaman healing ke Cameron Highland dengan geng geng bujang tu tetap segar dalam ingatan.
Semoga Allah permurahkan rezeki sahabat saya ni.
Baca juga

Design Website Guna AI: Orang Kata 20 Minit, Aku Ambil 5 Hari
Aku memang dari dulu minat buat website sendiri. Entah kenapa, seronok bila ada satu ruang yang boleh aku susun ikut cara aku. Kadang-kadang terfikir juga, “Aku ni buang duit ke?” Bayar itu, cuba ini, kemudian ubah lagi. Tp sebab minat, aku teruskan juga. Pernah Cuba, Tp Tak Menjadi Sebelum ni aku pernah belajar buat website …
2 minit bacaan

Aku Ingat ChatGPT Cuma Untuk Tanya Soalan. Rupanya Banyak Lagi Yang Aku Tak Tahu!
Pengalaman tiga hari belajar AI yang sedikit sebanyak mengubah cara aku melihat teknologi dalam kerja seharian. “Saya tidak mengharapkan apa-apa daripada bengkel ini, sebab saya dilahirkan sebagai seorang yang tidak kreatif.” Itulah ayat yang aku keluarkan ketika sesi memperkenalkan diri pada hari pertama kursus AI in Education: Exploring Canva AI. Terus satu kelas gelak. Haha. …
6 minit bacaan

Bengkel Artikulasi Pemetaan Pindah Kredit Diploma Automotif ke Ijazah Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan (Hybrid dan Elektrik)
Berkesempatan terlibat dalam Bengkel Artikulasi Pemetaan Pindah Kredit antara institusi-institusi TVET dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Bengkel ini memberi tumpuan kepada semakan kandungan kursus Diploma Automotif bagi mengenal pasti kesesuaian pindah kredit ke program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan (Hybrid dan Elektrik). Proses ini memerlukan penelitian terhadap topik, hasil pembelajaran dan kesesuaian kursus - bukan sekadar …
1 minit bacaan